Skip to content

GenU

10 Dokumen Pembayar Cukai Wajib Simpan Selama 7 Tahun

  • by

Tanggungjawab menyimpan dokumen adalah atas pembayar cukai. Simpan dokumen adalah salah satu tanggungjawab yang perlu dititikberatkan.

Anda tak perlu hantar dokumen / resit asal bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

1️⃣ BORANG EA/EC & CP58

  • Borang yang menyatakan jumlah pendapatan yang diterima
  • Dapatkan daripada majikan anda sebelum Mac setiap tahun
  • CP58, dokumen yang disediakan untuk agent yang terlibat dengan aktiviti menerima komisen (Unit trust, REN, Takaful)

2️⃣ BAUCAR DIVIDEN

  • Terima dividen dari saham yang dilaburkan

3️⃣ RESIT PREMIUM INSURANS

  • Selain resit, anda juga digalakkan simpan penyata insurans. Boleh minta pada agent insurans anda atau muat turun dari system

4️⃣ RESIT PEMBELIAN BUKU

  • Dokumen yang sering diambil ringan. Lepas ni, dapat resit buat copy dan simpan.
  • Semua buku kecuali buku yang terlarang
  • Tapi, Buku yang telah dituntut di syarikat atau individu lain, tidak dibenarkan dituntut atas diri sendiri.

5️⃣ RESIT PERUBATAN

  • Segala resit berkaitan sakit kritikal (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
  • Resit pemeriksaan perubatan penuh (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
  • Resit perbelanjaan perubatan kepada kedua ibu bapa (disahkan sakit oleh pengamal perubatan)

6️⃣ RESIT DERMA

  • Resit bayaran derma ke institusi, tabung dan organisasi yang dibenarkan oleh LHDN
  • Nak mudah, resit atau surat tuntut derma mesti ada tertera mendapat pelepasan cukai. Tapi ini bergantung kepada kesahiham juga.

7️⃣ RESIT PEMBAYARAN ZAKAT

  • Zakat yang dibayar ke institusi yang dibenarkan sahaja seperti Lembaga Zakat Selangor
  • Zakat fitrah untuk bulan Ramadhan juga lepas

8️⃣ SIJIL KELAHIRAN ANAK

9️⃣ SIJIL NIKAH

🔟 DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG BERKAITAN

Selain yang dinyatakan di atas, dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan wajib juga disimpan. Contohnya:

  • Penyata Skim Persaraan Swasta
  • Penyata SSPN
  • Resit pembelian peralatan penyusuan, alatan sukan
  • Penyata atau resit bayaran langganan internet
  • Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet
  • Salinan IC ibu dan ayah

Semua ini untuk memudahkan anda menuntut pelepasan-pelepasan cukai yang diberikan dan anda juga boleh terselamat daripada dikenakan kompaun oleh LHDN.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?