Kerajaan mewujudkan pelbagai agensi untuk membantu dan meningkatkan pembangunan perniagaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) / SME.
Berikut adalah antara yang boleh dimohon oleh perniagaan dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti perniagaan.
#1: TEKUN NASIONAL
KELAYAKAN PEMOHON
- Warganegara Malaysia & Bumiputera yang berumur 18 – 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 60 tahun
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera
- Pemohon bukan seorang muflis
- Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
- Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
- Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman saja
- Had modal berbayar tak melebihi RM300,000
- Had pembiayaan sedia ada (cth: MARA, SME, PNS) tidak melebihi RM100,000
- Telah menjalankan perniagaan, manakala, bagi yang ingin mulakan perniagaan perlu mempunyai modal sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen (progress project)
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga (tertakluk pada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi Enterprise (perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohonan membuat pembiayaan (rakan kongsi mesti Bumiputera & Warganegara Malaysia)
- Bagi syarikat Sdn Bhd wajib menyediakan resolusi syarikat
KADAR KEUNTUNGAN: – Perlu membayar 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun
SIMPANAN: – Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
PERMOHONAN: –
- Layari https://tekunfin.tekun.gov.my/login
- Daftar akaun & lengkapkan maklumat yang diminta atau..
- Secara manual di Pejabat Cawangan berhampiran dengan premis perniagaan
#2: PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)
SKIM PROSPER TERAS
TUJUAN: – Pembiayaan modal untuk pemilik kedai/peniaga runcit menaiktaraf atau memodenkan perniagaan. Pemohon perlu menyediakan modal sendiri minima 10% daripada jumlah kos.
Disediakan untuk: – Kos ubahsuai premis, beli asset tetap, stok barangan dan modal kerja
SEKTOR PERNIAGAAN TUMPUAN: –
- Automotif
- Bahan binaan / kedai hardware
- Telekomunikasi
- Pendidikan (pra sekolah, pusat jagaan kanak-kanak, pusat tuisyen)
- Sub sektor industri peruncitan lain yang dikenal pasti mempunyai nilai tambah komersial yang tinggi
KELAYAKAN PEMOHON
- Bumiputera berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai ciri-ciri usahawan unggul (jujur, berdisiplin, rajin)
- Sanggup mengikuti kursus yang dikenal pasti oleh PUNB
- Rekod kewangan yang memuaskan
- Terlibat sepenuh masa dalam perniagaan
- Perniagaan adalah 100 milik bumiputera
- Jenis perniagaan persendirian, perkongsian dan syarikat Sdn. Bhd.
- Perniagaan sedia ada & telah beroperasi sekurangnya 1 tahun
- Perniagaan berdaya maju dan patuhi syariah
SKIM PROSPER RUNCIT
SASARAN:- Terbuka kepada usahawan bumiputera yang ingin menceburi & mengembangkan perniagaan runcit. Pemohon mampu membiayai minima 10% dari jumlah kos.
Pembiayaan melebihi RM300, 000 mestilah Sdn Bhd kecuali stesen minyak.
BIDANG PERNIAGAAN YANG LAYAK:-
- Pengusaha stesen minyak
- Kedai tekstil & pakaian
- Kedai emas
- Kedai cermin mata / optic
- Penjualan makanan
- Kedai kasut / barangan kulit
- Kedai kosmetik & kecantikan / kedai aksesori wanita
- Kedai buku & alat tulis
- Kedai herba & ubatan tradisional
- Peralatan sukan dan rekreasi
- Kedai elektrik / elektronik
- Kedai runcit / pasar mini
- Lain-lain perniagaan yang bersesuaian
KELAYAKAN PEMOHON
- Bumiputera berumur 18 tahun ke atas dan perniagaan adalah 100% milik bumiputera
- Mempunyai ciri-ciri usahawan yang unggul (jujur, berdisiplin, rajin)
- Sanggup mengikuti kursus yang dikenal pasti PUNB
- Rekod kewangan yang memuaskan
- Komitmen penuh dalam perniagaan
- Perniagaan berdaya maju dan patuhi syariah
- Lokasi perniagaan telah dikenal pasti
SKIM PKS
SASARAN: – Untuk usahawan dalam bidang pembuatan & perkhidmatan berdaya saing dan punyai potensi eksport tinggi
Pinjaman sehingga RM10 juta boleh dipertimbangkan berdasarkan kepada keperluan case-to-case.
SEKTOR TUMPUAN PINJAMAN PKS
- Teknologi maklumat & komunikasi
- Elektrik, elektronik & alatan computer
- Bio teknologi, farmasi, peralatan/perkhidmatan, perubatan & kesihatan
- Teknologi makanan
- Produk berdasarkan pertanian
- Kimia, gas & petroleum
- Lian-lain sektor ekonomi yang sinergi dengan portfolio pelabuaran PUNB
KELAYAKAN PEMOHON
- Usahawan bumiputera – ceburi perniagaan sepenuh masa
- Mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang unggul (jujur, disiplin, rajin)
- Sanggup mengikuti kursus yang dikenal pasti PUNB
- Rekod kewangan yang memuaskan
- Syarikat Sdn Bhd – modal berbayar bersesuaian dengan nisbah hutang
- Perkongsian dengan rakan strategik bukan bumiputera dengan pegangan ekuiti tak lebih 30%
- Miliki model perniagaan & strategi pelaksaan yang mantap
- Berupaya menghasilkan kadar keuntungan setanding dengan prestasi industri yang diceburi
- Mampu membayar pembiayaan sedia ada termasuk pinjaman baru
- Perniagaan telah beroperasi 3 tahun ke atas dan punyai akaun beraudit untuk 3 tahun
- Bersedia untuk sediakan cagaran yang sesuai jika perlu
SKIM PROSPER PEMBORONG
Jumlah pinjaman sehingga RM10 juta boleh dipertimbangkan bergantung pada penilaian khas.
TUJUAN: – Untuk pengembangan perniagaan borong, pengedaran atau pembekalan
BIDANG YANG LAYAK: –
- Barangan pengguna
- Barangan kegunaan industri komersial
- Penyediaan khidmat hospitality besar – hotel bajet, medan selera, rangkaian pusat rangsangan kanak-kanak & sebagainya
- Lain-lain perniagaan yang sesuai
KELAYAKAN PEMOHON
- Usahawan bumiputera – ceburi perniagaan sepenuh masa
- Mempunyai ciri-ciri usahawan unggul (jujur, rajin, berdisiplin)
- Miliki pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diceburi
- Rekod kewangan yang memuaskan
- Syarikat Sdn Bhd – modal berbayar bersesuaian dengan nisbah hutang
- Perkongsian dengan rakan strategik bukan bumiputera dengan pegangan ekuiti tidak lebih 30%
- Punyai lessen, proprietary atau hak pengedaran atas nama usahawan bumiputera
- Skop perniagaan: pemborong am, pengedaran secara eksklusif & peruncitan skala besar / lain-lain bidang berkaitan
- Perniagaan telah beroperasi 3 tahun ke atas / pemohon mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang dicadangkan
- Bersedia untuk sediakan cagaran yang sesuai jika perlu
- Sanggup mengikuti kursus yang dikenal pasti PUNB
PERMOHONAN PEMBIAYAAN PUNB: –
- Daftar di https://www.punb.com.my/ms/
- Digalakkan untuk menghadiri ‘Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB’ (berjadual – dalam talian) atau..
- Hubungi Ibu Pejabat PUNB di 03-2785 1515 (Pegawai bertugas akan bantu/guide)
#3: MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
SKIM USAHAWAN MARA
Kemudahan pembiayaan menggunakan dana bank. MARA bertindak sebagai penjamin ke atas pembiayaan. Skim ini juga menyediakan akses pada pembiayaan bank untuk bantu jayakan program pembangunan usahawan Groom Big.
Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan bank panel: –
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Rakyat
- Exim Bank Malaysia
SASARAN: – Kepada usahawan bumiputera dalam bidang pembinaan, pembekalan, peruncitan, perkhidmatan
SKOP PEMBIAYAAN: – Modal pusingan kerja, pembelian asset, pembiayaan projek / kontrak
KELAYAKAN PEMOHON
MILIKAN TUNGGAL / PERKONGSIAN (BUMIPUTERA)
- Telah beroperasi sekurangnya 2 tahun
- Punyai penyata kewangan sekurangnya 2 tahun
- Memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini
- Mempunyai penyata bank bagi tempoh 6 bulan terkini
- Mempunyai rekod jualan minimum RM500,000 setahun
SYARIKAT SDN BHD (BUMIPUTERA)
- Telah beroperasi sekurangnya 2 tahun
- Punyai penyata kewangan sekurangnya 2 tahun
- Memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini
- Modal berbayar syarikat sekurangnya 20% daripada jumlah kemudahan bank
- Status carian kredit syarikat memuaskan
- Perniagaan patut syariah
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank panel
JAMINAN / CAGARAN
- Bank – tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank
- MARA: –
- Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah
- Yuran jaminan dikenakan oleh MARA kepada usahawan sebanyak 1% setahun daripada jumlah jaminan
SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MUDAH JAYA (SPiM)
Kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera. Fokus kepada sektor perniagaan;
- Perdagangan
- Perkhidmatan dan pembuatan kecuali Pertanian & Penternakan
SKOP PEMBIAYAAN: – Modal pusingan, pembelian mesin & peralatan, Ubah suai premis perniagaan
KELAYAKAN PEMOHON
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18 – 60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan
- Mempunyai lessen/permit/surat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
- Perniagaan yang dijalankan patuh syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
- Lulus ujian psikometrik (55% ke atas)
- Sumbangan modal sendiri tak kurang 10% daripada kos projek
JAMINAN / CAGARAN
- JAMINAN – Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon atau,
- CAGARAN – Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) 10% daripada jumlah yang dipohon atau,
- Gabungan kedua-dua sekali (Jaminan & Cagaran) atau,
- Simpanan Tetap
- Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
- Pembiayaan kepada syarikat Sdn Bhd perlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK EXPRESS (SPiKE)
Kemudahan pembiayaan kewangan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera. Meliputi aktiviti;
- Pembinaan
- Pembekalan
- Perkhidmatan
- Elektrik
SKOP PEMBIAYAAN: – Modal Kerja
HAD PEMBIAYAAN: – RM1,000,000. Tertakluk kepada;
- Tidak ada bayaran kemajuan – Maksimum 7% dari nilai kontrak atau mengikut dasar semasa MARA
- Ada bayaran kemajuan – Maksimum 80% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama
TEMPOH PEMBIAYAAN: – Mengikut tempoh tamat kontrak
KELAYAKAN PEMOHON
Syarat-syarat Asas: –
- Warganegara & Bumiputera berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan yang dijalankan patut syariah
- Bebas daripada senarai hitam MARA
- Sumbangan modal sendiri tak kurang 10% daripada kos projek
Syarat-syarat Khusus
- Kontraktor bekalan atau perkhidmatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (Pengecualian kepada tawaran kerja yang bernilai RM50,000 dan ke bawah)
- Kontraktor binaan yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
- Kontraktor binaan kelas G1, G2, G3, G4 dan G5 atau dahulunya dikenali sebagai F, E, D dan C
- Jabatan Pemberi Kerja: –
- Jabatan atau Agensi kerajaan
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
- Syarikat Senaraian Awam
- Pemberi kerja dan pemohon bersetuju menandatangani Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) dan Surat Persetujuan (Letter of Consent) untuk membuat bayaran kepada MARA
JAMINAN / CAGARAN
- Dikecualikan bagi pembiayaan RM250,000 ke bawah
- Pembiayaan RM250,001 – RM1,000,000;
- JAMINAN: – Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon atau,
- CAGARAN: – Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon atau,
- Kedua-duanya sekali atau,
- Simpanan Tetap
- Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
- Pembiayaan kepada syarikat Sdn Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
PERMOHONAN PEMBIAYAAN MARA
- Layari https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
- Daftar ‘Pengguna Baru’
- Isi maklumat yang diperlukan
Inilah antara pembiayaan yang usahawan boleh cuba memohon hari ini.
Ambil la peluang ini jika anda perlukannya untuk kembangkan perniagaan anda.
Kongsikan post ini kepada lebih ramai usahawan di luar sana supaya mereka juga tahu adanya peluang ini dari agensi kerajaan.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!