Adab Berniaga Demi Keberkatan

  • by

Dalam setiap perkara yang kita lakukan, adab dan etika antara perkara penting yang perlu kita jaga. Macam tu juga dalam berniaga.

Bagi peniaga Islam khususnya, kita perlulah berniaga dengan berlandaskan adab mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah supaya perniagaan kita sentiasa diberkati dalam usaha untuk dimajukan dan dikembangkan.

1. Perniagaan yang dijalankan tak ada unsur riba

Ini paling penting sekali kita hindarkan dalam perniagaan kita. Dalam Al-Quran, Allah ada sebut, yang maksudnya; “Padahal Allah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.” – (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Jauhilah riba supaya perniagaan kita tak hilang keberkatannya.

2. Menjual barangan / servis yang halal

Bagi memastikan perniagaan diberkati, jauhilah dari mejual atau sediakan servis yang haram dan dianggap syubhah dalam Islam. Penting juga kita sebagai peniaga tidak memonopoli barangan di pasaran.

Ini antara hak peniaga kepada pengguna yang perlu kita jaga dalam memastikan perniagaan kita bersih daripada sebarang unsur yang dilarang.

3. Urusan jual beli mesti adil

Tak ada unsur penganiayaan dan penipuan sehingga merugikan mana-mana pihak. Jual beli yang dijalankan mestilah menguntungkan kedua-dua pihak.

4. Jujur dan Ikhlas dalam perniagaan.

Semua peniaga mestilah jujur dalam menjalankan perniagaan mereka untuk terus maju. Apabila anda tidak jujur, kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan kita akan hilang dan ini akan merugikan perniagaan kita juga nanti.

Jadi disini, Islam tak melarang umatnya berniaga, tetapi perlulah berniaga dengan menetapi syariat Islam.

Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah adalah yang paling penting untuk kita dahulukan dalam setiap urusan yang kita lakukan.

Semoga bermanfaat.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *