Dalam kehidupan seharian, kita akan sentiasa berdepan dengan pihak berkuasa atau orang yang lebih atas dari kita.
Contohnya dalam keluarga, ayah adalah ketua yang memberikan kata putus. Dalam negara pula perdana menteri adalah yang paling berkuasa dalam membentuk negara. Manakala dalam sesebuah syarikat, boss adalah individu yang mempunyai kuasa veto dalam menentukan hala tuju dan jalan kerja syarikatnya
Walau kecil atau besar tugasan ini, watak sebagai seorang ketua digalasi dengan tanggungjawab yang besar, dan dalam tanggungjawab itulah mereka mempunyai “authority” untuk memberikan arahan.
Persoalan disini, apakah sifat yang kita perlukan untuk menjadi boss? Apakah pandangan yang kita mahukan daripada kakitangan kita apabila kita menjadi boss? Dan sebagai kakitangan, apakah jenis boss yang kita mahukan?
Untuk episod kali ini GenU akan menjawab segala persoalan bukan sahaja untuk menjadi boss yang baik, tetapi menjadi boss yang berjaya
Perbincangan ini amat sesuai untuk usahawan yang bercita-cita menjayakan struktur syarikat yang kukuh.
“The best defense is a good offense”
Menjadi usahawan yang berjaya bukanlah “walk in the park” bak kata pepatah orang putih. Bila mana kita menceburi bidang keusahawanan ini, keperluan strategi yang luas adalah asas kepada kunci kejayaan.
Dalam aspek kehidupan apabila kita “take action” ataupun kita bertindak, kita akan membawa satu mesej yang menunjukkan siapakah diri kita. Dalam konteks yang sama, GenU akan memberikan tips bagaimana usahawan diluar sana bertindak ataupun menyerang sehingga mampu memberi mesej bahawa mereka tidak perlu bertahan
GenU akan membawakan 2 panelis yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini untuk bercakap lebih mendalam mengenai strategi yang tak ramai tahu
Pintu kejayaan adalah pengalaman, dan kunci kepada pintu tersebut adalah ilmu. Jadi ayuh usahawan Malaysia, kunci jam anda hari Selasa ini jam 5.15 petang ini untuk mendapatkan ilmu yang percuma secara live di Facebook kami
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!