Bila tuan Ahyat Khalissabri Bin Ishak bertanya pada saya, apa nasihat kita boleh bagi untuk hadapi tahun 2021.
Saya kongsikan ada 2 bahagian perlu berubah iaitu bahagian bawah dan atas.
Bahagian bawah saya maksudkan rakyat dan bahagian atas ialah pemimpin.
Kita sedar waktu ni keadaan tidak seperti biasa.
Dengan ekonomi tak menentu dan ramai orang alami kesusahan.
Kita juga perlu main peranan yang penting untuk pulihkan semula ekonomi.
Peranan bahagian bawah ialah support produk tempatan.
Dengan sokong produk tempatan sebenarnya duit kita hanya pusing dalam negara sahaja.
Seterusnya bantu semula ekonomi.
Produk tempatan ada yang kualiti dan mampu beli.
Cuma kita sukar cari sebab sudah lama dibayangi produk luar.
Dalam masa sama rakyat kena sentiasa bijak dalam mengurus duit dan berjimat dalam masa berbelanja.
Dalam keadaan kini, kurangkan berbelanja yang tidak ada dalam perancangan atau tidak penting.
Tidak salah kita berbelanja, itu memang diperlukan tapi biarlah sudah anda rancang atau ia keperluan untuk anda.
Bahagian atas pula, saya fokus pada pemimpin. Cukup-cukup lah nak berbalah dan sibuk kejar pangkat.
Rakyat dah sangat susah sekarang dan perlukan keyakinan dari pemimpin.
Sudah masa mereka yang terpilih bersama untuk pulihkan semula ekonomi dan fokus bantu rakyat.
Itulah yang saya harapkan dan mungkin ada yang tidak setuju.
Seperti biasa, setiap orang ada pandangan yang berbeza. Yang penting kita jaga kita untuk kebaikkan bersama.
Untuk sesi semalam, Terima kasih Ernayanee Nur Julaimi yang sangat banyak bagi idea dan info dari sudut usahawan dan abang long legend, Dato Nazri Mustafa, peguam yang banyak sampaikan info dan fakta yang menarik.