Sebelum anda dengar nasihat orang untuk beli kenderaan atas syarikat. Pastikan anda tahu juga beberapa perkara.
Hari ini saya kongsi tentang elaun modal dulu.
Dalam kiraan cukai, jika anda beli kenderaan atas nama syarikat.
Ada tuntutan elaun modal yang boleh anda gunakan untuk kurangkan pendapatan sebelum kena cukai.
Elaun modal ni sebenarnya akan kontra dengan susut nilai yang wujud dalam perbelanjaan syarikat.
Dimana, susut nilai dianggap belanja tidak dibenarkan (no 1, rujuk foto pertama), manakala untuk kontra dengan susutnilai tu, maka wujudnya elaun modal (no.2, rujuk foto ke 2).
Dan elaun modal ni diperolehi melalui formula dan ada kadar % yang ditetapkan oleh LHDN.
5 perkara anda perlu tahu tentang elaun modal:-
1) Jika beli kenderaan yang memang untuk kegunaan syarikat atau memang kena dengan industri syarikat. Tuntutan untuk dapatkan elaun modal boleh 100% ikut harga kos kenderaan.
Contoh:- lakukan servis kontraktor pembangunan, guna kenderaan 4 wheel drive adalah dibenarkan, sebab kenderaan tersebut tahan lasak untuk kegunaan bisnes.
2) Kenderaan selain contoh 1, seperti velfire atau proton x50, atau jelas kenderaan itu lebih bukan utama perlu digunakan kearah hasilkan pendapatan.
Kenderaan tersebut ada limit boleh tuntut untuk elaun modal. Limit tersebut bergantung pada harga kenderaan tersebut dan status kenderaan samaada secondhand atau 1st hand.
3) Nak tentukan nilai kenderaan kenderaan yang boleh tuntut elaun modal bagi contoh 2 dan kenderaan tersebut 1st hand
LIMIT:
Harga kenderaan —- (limit harga kenderaan dibenarkan)
RM100k kebawah — boleh tuntut ikut harga kenderaan
RM100k hingga ke RM150k — hanya boleh tuntut RM100k maksimun dari harga kenderaan
RM150k ke atas — hanya boleh tuntut RM50k maksimun dari harga kenderaan
4) Nak tentukan nilai kenderaan kenderaan yang boleh tuntut elaun modal bagi contoh 2 dan kenderaan tersebut second hand/ recond
LIMIT:
Harga kenderaan —- (limit harga kenderaan dibenarkan)
Apapun harga kenderaan tersebut — boleh tuntut hanya maksimun RM50k
5) Beli kenderaan contoh 2, hendak dikatakan mahal sebenarnya tidak beri keuntungan dari sudut elaun modal.
Namun ada lagi saya nak terangkan, dari segi perbelanjaan seperti minyak, repair dan tambah baik kenderaan.
Itu saya akan terangkan kemudian ya.
Takut ni pun anda dah boleh muntah nak faham 😁.
Ok semoga bagi manfaat ya..
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!