Skip to content

GenU

Buat Bisnes vs Urus Bisnes – Sama Je Ke?

  • by

Ni hanya formula yang saya nampak diluar. Mungkin anda setuju atau tidak setuju. Formula ni saya buat atas pengalaman dan pandangan ketika bersama beberapa bisnes diluar.

Kebanyakkan bisnes di Malaysia, tidak dapat membezakan formula Urus Bisnes dengan buat bisnes.

Ramai yang berbisnes pandai buat bisnes, tapi hampir majoriti tidak pandai urus bisnes.

Apakah bezanya?

  1. BUAT BISNES

Bagi saya buat bisnes ialah orang yang fokus pada jualan dan operasi. Keinginan mereka lebih pada tingkatkan jualan dan banyakkan produk.

Orang ni jarang fikirkan untuk ada duit reserved, kemaskini akaun, cara urus pekerja dan cara nak kembangkan bisnes untuk akan datang.

Fikiran mereka lebih fokus naikkan jualan melalui marketing dan produk dan servis.

2. URUS BISNES

Orang yang kearah nak Urus bisnes ialah dapat kuatkan semua bahagian penting dalam bisnes, iaitu bahagian past, present dan future.

Bermaksud, orang yang urus bisnes akan kuatkan semua bahagian supaya bisnes lebih kukuh, kekal dan kembang.

Mereka tidak hanya fokus naikkan jualan sahaja.

Tapi mereka juga fikir bagaimana hendak pasti bisnes boleh berjalan dan kekal dalam pelbagai situasi. Antaranya situasi yang berlaku pada Covid19 ni.

Saya jumpa ramai pemilik bisnes yang bangga tentang jualan cecah berjuta. Malah anggap sudah jutawan melalu jutaan ringgit.

Hakikatnya, bisnes beliau hanya boleh bertahan 3 bulan sahaja jika tiada jualan boleh dibuat.

Sebab itu saya tekankan, dalam bisnes bukan fokus pada jualan jutaan, tapi fokuskan pada nilai syarikat boleh jadi jutaan ringgit untuk orang beli atau labur.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?