Khas untuk pelabur hartanah yang ingin jimatkan cukai..

Saya Bakal Dedahkan 40 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam Pengurusan Cukai Hartanah!

Anda akan pelajari semuanya dalam ebook ini…

Apa yang anda bakal pelajari dari ebook ini?

Pengenalan

Statistik menunjukkan pemilikan hartanah dikalangan masyarakat menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.

Andai suatu ketika dulu, memiliki rumah kediaman adalah bertujuan untuk dijadikan tempat berteduh, kediaman seisi keluarga semata-mata, kini tidak lagi.

Hari ini, hartanah bukanlah ‘permainan’ mereka yang berkeluarga sahaja, tetapi ia sudah jadi satu kegilaan baru dikalangan anak muda yang telah diberi kesedaran dan ditunjukkan jalan oleh para pakar hartanah didahului oleh Tuan Azizi Ali, saudara Ahyat Ishak, Faizul Ridzuan, Khairul Ezuwan, Meor Zaidee, Dr.Azizul Azli, Harith Faisal, Aziz Ahmad, Dato’ Nazri Mustafa, Rohaniah Noor, Ihsan Zainal dan ramai lagi yang tidak mungkin saya mampu sebut satu persatu.

Justeru, perbincangan berkaitan hartanah bukanlah sesuatu yang asing lagi kepada generasi Y dan sudah barang pasti ia semakin hari semakin mendalam.

Ia sesuatu yang amat positif memandangkan ilmu dan pengetahuan dalam hartanah amatlah luas dan satu perkara yang wajib didahulukan sebelum anda bergelar pelabur hartanah.

Bagi sesetengah komuniti, ilmu ini sudah lama berada dalam genggaman dan kini mereka sekadar belajar dari pengalaman demi pengalaman.

Malangnya, komuniti bumiputera khasnya, boleh dianggap ‘pemain’ baru dalam industri hartanah yang sebelum ini hanya diwakili oleh pelabur institusi GLC dan sebagainya.

Salah satu cabang ilmu yang amat diperlukan oleh pelabur hartanah adalah ilmu pencukaian. Sesuatu yang acapkali dilupakan sehinggalah pegawai audit cukai berada didepan pintu rumah anda.

Ianya tidak seharusnya berlaku sebegitu rupa andai mahu bergelar seorang pelabur hartanah.

Barangkali anda fikir itu adalah salah satu cara penjimatan, namun hakikatnya ia mungkin mampu mencemarkan nama baik, sikap dan profesionalisme pelabur hartanah.

Ya, tidak dinafikan jika anda hanya memiliki satu dua buah rumah yang disewakan, isu cukai bukan lagi satu perkara besar tetapi tidak bagi mereka yang sudah dan bakal memiliki berpuluh mahupun beratus buah rumah dan bangunan komersial.

Lantaran itulah, kita tidak lagi boleh mengenepikan soal cukai dalam hartanah kerana ia bukan sekadar polemik tapi isu nyata yang realitinya akan anda hadapi.

E-Book ini ditulis bagi tujuan memudahkan para pelabur hartanah individu. Ianya digarap secara santai dalam bahasa semudah mungkin tanpa menjejaskan maksud sebenar.

Dalam erti kata lain ianya melihat aspek cukai dari kacamata seorang pembeli dan pemilik hartanah.

Niatnya hanya satu, agar buku berkaitan cukai masih tetap relevan dibaca dan difahami oleh khalayak disemua peringkat.

Lantas ianya mungkin kurang sesuai andai anda seorang professional dalam hal percukaian mahupun kewangan.

Apapun andai ada cadangan penambahbaikan, ianya amatlah saya alu-alukan.

Siapa Saya?

Nama saya Amsyari Shakur. Saya berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang perakaunan, audit luaran syarikat, percukaian dan bidang setiausaha syarikat.

Kini, saya mengetuai syarikat AMACC Corporate Services Sdn Bhd yang kini mempunyai lebih 30 orang kekuatan untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat kepada lebih 500 syarikat

Saya pernah membuat perkongsian di pentas Pejuang HartanahMyRumah, dan Simposium Hartanah.

Dengan kepakaran yang saya ada, saya juga diberi kepercayaan untuk berkongsi ilmu di program TV seperti Assalamualaikum dan Per Square Feet (PSF) di TV Al-Hijrah.

Saya terpanggil untuk tulis ebook ini selepas mendengar dan menyelesaikan pelbagai masalah-masalah klien saya.

Ada salah seorang klien saya yang terpaksa membayar kompaun LHDN sebanyak RM50,000 hanya gara-gara tidak declare income bisnesnya  dengan tepat.

Bukan masalah dengan LHDN sahaja, malah bisnes-bisnes ini tidak dapat berkembang walaupun sangat berpotensi disebabkan perkara-perkara yang diambil enteng oleh pemiliknya.

Oleh itu, saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada pemilik-pemilik bisnes yang lain. 

Antara Klien Yang Saya Dah Bantu..

Anda perlu tahu..

Pemilikan dan pelaburan dalam hartanah masih terus dianggap sebagai satu aspek penting dalam merangsang ekonomi negara.

Buktinya adalah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk mengecualikan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) ke atas jualan rumah kediaman 1 Jun 2020 yang lalu terhad kepada 3 buah rumah.

Langkah seperti ini yang berkait rapat dengan CKHT sering menjadi salah satu kaedah pilihan bagi meningkatkan perbelanjaan dan merangsang ekonomi.

Andainya strategi ini berjaya, itu bermaksud cukai menjadi salah satu faktor utama yang difikirkan oleh para pelabur hartanah sekalipun ianya pada kadar terendah iaitu 5%.

Pelabur lazimnya sangat ‘alert’ dengan CKHT tetapi sebaliknya pula bila sampai bab cukai hasil aktiviti penyewaan yang tidak kurang pentingnya.

Urusan CKHT seringkali dibantu oleh firma guaman yang dilantik mengendalikan proses jualbeli hartanah.

Tetapi siapa pula yang membantu para pelabur dalam menguruskan cukai pendapatan dari hartanah mereka?

Dalam salah satu buku hartanah yang paling saya gemari, The Strategic Property Investor karya pakar hartanah Ahyat Ishak, beliau telah menggariskan bahawa strategi terbaik dalam berhadapan dengan urusan cukai hartanah adalah dengan melantik perunding cukai professional.

Alasan beliau adalah subjek cukai bukanlah sesuatu yang mudah difahami oleh semua orang.

Bagi pelabur hartanah baru, mereka selalu fikir hanya tentang penambahan pendapatan semata dan melantik perunding cukai akan tentunya meningkatkan kos.

Namun, hakikatnya sampai satu peringkat di mana pelaburan mereka semakin besar dan ianya dilakukan dengan pelbagai kaedah seperti usahasama pembangunan dan juga syarikat pegangan pelaburan (IHC), memiliki perunding cukai adalah sesuatu yang amat diperlukan.

Jujurnya sesiapapun termasuklah pelabur hartanah agak sukar untuk mengisytiharkan pendapatan sewa mereka.

Tetapi jika mereka serius dalam pelaburan hartanah, mahu menjadikan ianya kerjaya tetap dan mahukan pulangan jangka panjang, mereka tidak ada pilihan lain selain menguruskannya dengan betul.

Pelaburan dalam hartanah boleh dikatakan semakin ‘seksi’.

Ia bukan sekadar persoalan untung dari jual beli atau soal menjana pendapatan pasif dari penyewaan.

Ada begitu banyak cara baru yang inovatif yang boleh menghasilkan keuntungan lumayan.

Kerajaan sudah pun memainkan peranan mereka dengan pengecualian cukai yang diberikan.

Sudah tiba masa untuk para pelabur hartanah pula memainkan peranan menyumbangkan kembali sebahagian keuntungan kepada negara melalui cukai pendapatan.

“Saya Nak! Berapa Harganya?”

Berminat? Anda boleh dapatkannya dengan harga serendah..

HANYA RM69 SAHAJA!

Dapatkan sekarang kerana harga mungkin akan dinaikkan pada bila-bila masa saja!

AMACC Corporate Services Sdn. Bhd. (1144269-H)
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Phone: 0389208081    Fax: 0389208081   Email: contact@amacc.com.my

Privacy Policy    Term & Condition

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?