Dilema 2020..

  • by

Tahun 2020 sebenarnya banyak mengajar tentang kesabaran pada Am. Tidak pernah dalam sejarah hidup Am akan diuji seperti ini. Siapa kata Am tidak diuji ketika covid 19.

Bermula tahun 2020, semua berubah dari biasa. Dengan tutupnya pejabat dan semua sekolah, bermaksud segala kerja yang biasa tidak dapat dibuat dengan efisien.

Bila kerja dirumah, anak-anak menjadi keutamaan.

Bila buat kerja pejabat banyak yang terpaksa dibuat keadaan yang sangat sukar.

Walaupun banyak tarikh serah simpan ke LHDN dan SSM, dianjakkan masa. Masih sukar untuk lakukan kerja dengan baik antaranya disebabkan pertindihan tarikh serah simpan. Serta kesukaran untuk komunikasi seperti biasa dengan klien dan pekerja.

Malah kami juga sukar dapat komitmen dari klien, disebabkan mereka juga menghadapi kesukaran untuk hadapi normal baharu.

Tahun ini juga, pihak LHDN sudah mula agresif. Tiada lagi tunggu borang cukai pendapatan untuk dikenakan penalti.

Sekarang LHDN dah mula kenakan penalti sebanyak 45% atas cukai anggaran yang dibuat oleh mereka.

Semua berlaku serentak dan sangat memenatkan kami yang dalam industri ini.

Orang yang berbisnes tentu akan tertekan dengan keadaan ini. Sudah tentu klien juga tidak suka mereka lambat dan dikenakan penalti.

Tapi ini lah lumrah dalam kehidupan. Bila kita tengah berusaha untuk kembali ke asal. Kerajaan juga perlukan dana untuk teruskan ekonomi dan bantu orang memerlukan.

Semoga tahun ini jadi titik perubahan ke lebih baik akan datang. Allah akan ganti lebih baik.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *