Senarai dokumen di bawah merupakan antara yang perlu disimpan untuk elak berlaku kerugian dan masalah pada aliran tunai.
1. Resit penerimaan (dari sudut penjual)
Dokumen ini penting sebagai bukti jualan yang dibuat telah menerima pembayaran dari klien.
Jika dokumen ini tidak disimpan dengan betul, kemungkinan wujud masalah untuk pastikan invois jualan tersebut sudah ada penerimaan bayaran atau tidak.
Pernah ada kes klien menyatakan sudah wujud bayaran, tapi bukti bayaran sukar disahkan kerana transaksi masuk terlalu banyak.
Akhirnya syarikat gagal nak buktikan klien tidak buat bayaran.
2. Resit/baucer bayaran
Dokumen ini penting untuk membuktikan bayaran telah dibuat.
Antara contoh resit ini ialah pembelian di kedai runcit, stesen minyak atau dikedai alat tulis
Jika wujud dokumen ini tidak wujud, kemungkinan syarikat tidak dapat membuktikan pembelanjaan tersebut wujud.
Akhirnya syarikat terpaksa menanggung keuntungan yang tidak tepat disebabkan pembelanjaan tersebut tidak dapat dimasukkan dalam penyata untung rugi
Bila untung banyak tentunya akan bagi kesan pada cukai pendapatan
3. Penerimaan tempahan “Deliver order”
Dokumen ini disediakan oleh penjual untuk membuktikan jumlah dan jenis barang yang dihantar
Dokumen ini sangat penting untuk pembeli pastikan barang disampaikan adalah tepat dan cukup
Ketiadaan dokumen ini boleh menyebabkan pembeli akan alami masalah untuk pastikan jumlah yang sampai dan jumlah baki sebenar stok yang wujud
Dimata LHDN, dokumen ini penting untuk mereka buat semakan dengan invois jualan. Dalam memastikan berapa jumlah stok yang wujud dan barang yang terjual
Kebocoran tunai mungkin akan wujud jika syarikat tidak tahu jumlah sebenar stok yang sampai dan kemungkinan stok akan berkurangan dari yang ditempah
4. Invois jualan
Dokumen ini sangat penting dikeluarkan untuk membuat tuntutan pada pembeli atau klien untuk sebarang servis dan produk yang telah dilakukan.
Invois yang salah atau tidak tepat akan menyebabkan syarikat akan kerugian dari segi tuntutan. Sebagai contoh, jika invois yang disediakan adalah kurang dari harga dari pasaran. Maka syarikat akan mengalami kerugian tunai.
Syarikat perlu tahu cara sediakan invois yang dapat menyelamatkan mereka dari segi tuntutan seperti tempoh bayaran, jumlah jualan, tindakan jika tidak bayar.
Dokumen ini juga oenting disimpan untuk pastikan semua jualan yang dibuat dapat dituntut bayarannya.
5. Invois belian (dari penjual)
Dokumen ini adalah bukti berapa jumlah perlu dibayar kepada penjual.
Dimata LHDN bukti invois belian sangat penting untuk pastikan wujud transaksi pembelian.
Dengan tiada rekod ni, kemungkinan LHDN tidak akan bersetuju dengan kewujudan transaksi tersebut.
Dengan sebab itu, cukai akan meningkat disebabkan keluaran duit tersebut dianggap sebagai belanja tidak dibenarkan dalam kiraan cukai.
Ini antara dokumen penting yang wajib simpan. Jangan pandang remeh perkara ini. Jika ada sebarang masalah, dokumen inilah yang akan selamatkan anda.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!