‘Bisnes saya kecil je, untung pun tak besar, takkan nak kena declare cukai?’
Ini antara ayat yang selalu diutarakan jika kita sebut tentang cukai. Ramai lagi yang masih keliru tentang ni.
Dekat sini saya nak bagi tahu, asalkan awak itu BERNIAGA tak kira la Enterprise ke Sdn Bhd, anda wajib untuk hantar borang cukai anda.
Anda perlu hantar borang cukai bermula dari berdaftar dengan SSM.
Sekiranya anda tidak hantar borang cukai mengikut Tarikh yang ditetapkan setiap tahun, untuk berbisnes anda kena hantar borang B iaitu tarikh 30 Jun (jika hantar efiling pada 15 Julai).
Jika lewat akan ada penalti untuk lewat hantar borang. Kelau lewat bayar pun ada kena penalti.
Sekarang, LHDN tak de nak tunggu anda hantar borang baru nak kena penalti. Jika LHDN ada maklumat atau apa-apa asas, taksiran cukai anggaran juga boleh dikeluarkan dan ini termasuk juga 45% penalti atas cukai yang dikenakan.
Contoh..
- Cukai ditaksir LHDN – RM10,000
- Maka penalti anda yang dikenakan ialah RM4500,
- Jumlah keseluruhan perlu bayar RM14500,
Rugi kan?
Jadi, hantar lah borang B dan buat bayran sebelum tarikh tamat.
Sebelum tu, anda perlu buat akaun untung rugi dan kunci kira kira untuk lakukan kiraan cukai.
Tak tahu nak buat dan sediakan akaun untuk cukai perniagaan anda?
Carilah mereka yang professional untuk tolong anda sediakan semua ini. Tak rugi pun. Semua ini untuk masa depan bisnes anda juga.
Uruslah cukai dengan cara yang betul & bijak. Semoga bermanfaat.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!