Ini Akibatnya Jika Anda Tak Hantar Borang Cukai

  • by

Anda tak hantar borang cukai? Mungkin anda kena fikirkan kesannya kepada diri anda seperti dikenakan denda & penalti, disenarai hitam, tak boleh ke luar negara, atau lebih teruk boleh dipenjarakan.

Banyak kesan akan terjadi jika anda degil tak mahu hantar borang cukai.

  1. Boleh dikenakan kompaun RM200. Jika anda tak hantar juga selepas kena kompaun, anda akan dibawa ke mahkamah atas kesalahan kes jenayah. Ini jika disabitkan bersalah, mahkamah boleh kenakan hukuman RM2,000 – RM20,000.
  2. Jika LHDN ada maklumat atau apa-apa asas, taksiran cukai anggaran boleh dikeluarkan terus dan termasuk juga 45% penalty atas cukai yang dikenakan.
  3. Cukai anggaran tetap kena jelaskan. Kegagalan jelaskan cukai & penalty 45% tadi, boleh sebabkan anda dikenakan lagi 10% atas baki.
  4. Dikenakan sekatan perjalanan.
  5. Masih degil juga, tak jelaskan cukai tersebut, kes akan dibawa ke mahkamah
  6. Tak bayar lagi, kena kos mahkamah pulak
  7. Sekiranya masih tak bayar & jelaskan, tindakan kebankrapan akan dibuat ke atas anda.

Bila dah bankrap, anda sendiri boleh tau apa kesannya pada diri anda & juga bisnes

Untuk pengetahuan, cukai anggaran adalah sah dan boleh dibawa ke mahkamah.

Jangan anda buat taktahu bila terima cukai anggaran daripada LHDN.

Paling merisaukan adalah jika cukai anggaran tersebut dikeluarkan terlalu tinggi diluar kemampuan.

Jadi untuk selamatkan diri anda, hantarlah borang cukai dalam tempoh yang ditetapkan.

Semoga bermanfaat.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *