“Setiap kali selepas berniaga, saya rasa dah untung banyak. Tapi, mesti tak tahu ke mana wang yang saya dapat tu. Tak dapat nak pusing modal!”
Pernah jadi macam ni?
Dapat banyak untung, tapi tak tahu ke manakah wang tersebut.
Peniaga yang mempunyai masalah ini saya gelar ‘bocor wang’.
Mengapa saya beri gelaran begitu?
Sebab, hasil jualan barang sangat banyak, untung pun banyak.
Tapi, setiap kali hendak membeli barangan jualan yang baru, pasti tidak mencukupi.
Adakah anda tergolong dalam golongan peniaga seperti ini?
“Betul, saya la tu!”
Kenapa jadi macam tu? Antara sebabnya..
- TAK KAWAL TUNAI
Kebanyakan peniaga tidak dapat membezakan antara tunai perniagaan dan tunai peribadi.
Apabila dapat wang hasil jualan, mereka akan gunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.
Mereka tidak mengasingkan antara jumlah kos perniagaan atau untung rugi.
Di situlah kesilapan besar yang sering peniaga lakukan.
- TAK KAWAL BELANJA
Sesetengah peniaga tidak dapat mengawal perbelanjaan apabila menerima sejumlah wang yang agak besar.
Apabila hal ini berlaku, mereka akan mengutamakan perbelanjaan peribadi berbanding perbelanjaan perniagaan.
Ada juga peniaga yang suka membeli aset syarikat seperti kereta atau ubah suai pejabat selepas perniagaan semakin dikenali atau mendapat wang pinjaman daripada bank.
Akhirnya, apabila dalam keadaan terdesak seperti perniagaan berada dalam keadaan kritikal atau sukar, peniaga tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mengawal perbelanjaan dengan baik pada mulanya.
- TAK KAWAL STOK
Jenis perniagaan yang sering ‘bermain’ dengan stok yang banyak ialah perniagaan fesyen, pasar malam, kedai runcit, barangan logam, dan lain-lain.
Masalah utamanya ialah apabila peniaga tidak dapat mengawal atau menjual stok sedia ada dengan cepat.
Kesannya, stok tersebut akan tinggal begitu sahaja di dalam stor atau simpanan peniaga.
Pernahkah perkara ini terjadi kepada anda?
Peniaga tidak pandai mengawal stok sedia ada, lalu terus sahaja mengambil stok baharu.
Akhirnya, mereka mengalami lambakan stok dan tidak dapat pulangan yang dikehendaki.
Inilah antara punca utama kenapa duit bisnes selalu bocor.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!