Skip to content

GenU

Kenapa Perlu Merekod dan Menyusun Resit Dalam Perniagaan?

  • by

Persoalan yang sering timbul dalam setiap pemikiran usahawan.

Kenapa kita perlu simpan dan urus semua resit-resit perbelanjaan kita?

“Buat apa simpan resit-resit tu semua, bukan company aku kena bayar cukai lagi pun, lagi pun perniagaan aku kecil lagi.”

Untuk pengetahuan usahawan , setiap resit-resit perbelanjaan haruslah disimpan selama TUJUH (7) TAHUN untuk keperluan LHDN dan ia termaktub di bawah SEKSYEN 82 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 yeee.. Ingat tau!

Ingat akta ini sejak 1967. Sudah 52 tahun akta ini diwujudkan dan terpakai kepada semua company yang mempunyai pendapatan (AKTA 82 ini akan saya kupas lebih mendalam lagi pada post saya yang akan datang)

Wajib bayar cukai atau tidak, itu perkara kedua. Paling penting merekod, mengurus dan menyimpan resit-resit secara teratur dan tersusun, itu wajib kepada semua jenis perniagaan.

Kenapa wajib urus resit?

1. Memudahkan kita sekiranya diminta untuk mengemukakan dokumen perniagaan termasuk resit-resit perbelanjaan apabila dikehendaki untuk terdapat inquiry daripada pihak LHDN.
Ingat dokumen perlu tersimpan selama 7 tahun ya usahawan!

2. Kita boleh mengetahui dan membuat semakan perbelanjaan perniagaan dengan cepat dan mudah apabila adanya rekod resit-resit yang tersusun dan tersimpan rapi.

3. Mengurangkan ketirisan dalam syarikat. Ha, pekerja juga adalah manusia ye, tidak maksum.

4. Dengan adanya resit-resit yang tersusun dan terurus, akan memudahkan anda untuk memohon potongan cukai dari LHDN yang termaktub di dalam bahagian pelepasan cukai yang anda layak terima.

Tak ada resit sebagai bukti dokumen perbelanjaan, ia akan menyukarkan untuk anda memohon dan mendapatkan pengecualian cukai yang anda berhak dapat tau.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?