Saya kongsikan kisah ini untuk kita bersama dapat belajar dari kes ni. Kes ini bermula apabila pihak LHDN buat semakan terhadap sebuah enterprise.
Selepas semakan dibuat, pihak LHDN dapati wujud transaksi duit keluar yang mencurigakan. Untuk ikut prosuder, pihak LHDN minta dokumen sokongan untuk transaksi keluar tersebut.
Pihak kami hubungi pemilik enterprise (dikenali puan E) tersebut.
Malangnya Puan E tersebut bukan pemilik sebenar perniagaan tersebut. Ceritanya, Puan E diminta oleh bos beliau untuk menjadi penama dalam enterprise tersebut.
Atas alasan ingin masuk tender dalam kerajaan.
Episod ngeri bermula apabila Puan E gagal buktikan pada LHDN untuk transaksi tersebut. Semua dokumen berkaitan dengan enterprise tersebut bukan lagi bawah jagaan beliau.
Ini disebabkan beliau dah berhenti kerja di syarikat tersebut lebih dari 3 tahun.

Paling malang dokumen itu juga tidak wujud lagi kat syarikat lama. Dikatakan sudah tidak ada selepas renovasi dibuat.
Untuk pengetahuan semua, penalti yang dikenakan oleh LHDN akan jatuh pada pemilik enterprise tersebut. Walaupun secara realiti, ia bukan milik sebenarnya.
Akhirnya, disebabkan kegagalan tersebut, pihak LHDN keluarkan anggaran cukai yang perlu dibayar. Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak rm92k.
Bayangkan gaji hanya rm3000, kena bayar cukai sebanyak tu. Paling pedih, pihak LHDN paksa bayar guna ASB. Atas sebab itu, puan e alami tekanan perasaan dan darah tinggi pun naik.
Mana tak desakan yang tak berhenti dari LHDN untuk bayaran.
Keajaiban berlaku hasil doa, beliau dapat dokumen sokongan tersebut. Kebetulan beliau simpan salinan cek, invois dan payment voucher untuk transaksi tersebut.
Akhirnya, kami mula proses rayuan dengan pihak LHDN. Alhamdulillah, beliau dapat terima penerangan dan bukti diberi.
Dari kisah ini, apa yang sebenarnya ada dapat belajar?