Kita selalu dengar macam-macam perkara yang melibatkan cukai. Di sini kami nak share kesalahan-kesalahan biasa yang berlaku bila kita katakan tentang cukai.
Ada 5 kesalahan cukai yang biasa berlaku di Malaysia
- Memberi nasihat cukai yang kurang tepat
Kalau ada kawan atau ahli keluarga anda meminta nasihat tentang cukai pada anda dan anda tak pasti tentang itu, lebih baik minta mereka rujuk LHDN atau mereka yang professional. Adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu memberi nasihat tentang cukai jika menyebabkan cukai yang diisytihar terkurang lapor.
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dikenakan denda RM200 – RM20,000 atau hukuman penjara hingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.
- Tak menghantar borang cukai
Tahun lepas anda hantar, tapi tahun ini anda tak hantar dengan alasan anda tak punyai pendapatan yang cukup untuk dikenakan cukai pada tahun terkini. Walaupun macam tu, sekiranya anda memang pernah memfailkan cukai, maka anda kena juga hantar borang walaupun anda tidak dikenakan sebarang cukai pada tahun tersebut.
Ini bagi mengelakkan LHDN menganggap anda sengaja tidak mahu hantar dan cuba lari daripada cukai. Kesannya, anda mungkin dipanggil untuk audit cukai.
- Tak lapor jumlah pendapatan sebenar
Ini satu kesalahan yang jelas nak lari atau cuba elak cukai. Menipu pendapatan anda yang sebenar boleh membuatkan anda dikenakan denda sebanyak RM1,000 – RM10,000.
Bukan itu saja, anda juga akan dikenakan penalti 200% ke atas jumlah cukai anda yang dikenakan.
- Tak membayar cukai
Tak bayar cukai atau elak membayar cukai boleh sebabkan anda dikenakan tindakan, kompaun sebanyak RM1,000 hingga RM20,000 dan juga 300% ke atas cukai yang anda cuba elak daripada bayar.
Selain kes elak bayar, anda juga perlu pastikan anda membayar cukai anda pada masa yang ditetapkan – 30 April bagi pendapatan bukan perniagaan dan 30 Jun bagi pendapatan perniagaan. Lewat bayar anda boleh dikenakan penalty 10% ke atas jumlah cukai yang anda perlu bayar.
- Tak simpan dokumen
Ramai yang masih melakukan kesalahan ini dan tak sedar akan kepentingannya. Tanggungjawab menyimpan dokumen adalah atas pembayar cukai. Tak simpan dokumen ini akan menyebabkan anda boleh dikenakan denda RM300 – RM10,000 atau hukuman penjara setahun, atau kedua-dua sekali.
Simpan dokumen adalah salah satu tanggungjawab yang perlu dititikberatkan. Anda tak perlu hantar dokumen / resit asal bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun.
Adakah ada antara kesalahan yang dinyatakan ini anda lakukan?
Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jadilah seorang yang bijak dalam menguruskan cukai anda untuk kebaikkan diri anda pada masa akan datang.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!