Skip to content

GenU

Kos Pengubahsuaian & Pembaharuan Premis Perniagaan

  • by

Perniagaan yang mengeluarkan belanja untuk pengubahsuaian dan pembaharuan premis perniagaan boleh menuntut potongan cukai terhad kepada RM300,000.

Tuntutan boleh dibuat bagi perbelanjaan ubahsuai dan pembaharuan yang dilakukan dalam tempoh 1 Mac 2021 hingga 31 Disember 2021

Siapa yang layak untuk tuntut potongan ini?

a) Mana-mana perniagaan yang lakukan perbelanjaan ubahsuai dan pembaharuan ke atas premis perniagaan

b) Premis perniagaan tersebut digunakan bagi tujuan perniagaannya

c) Potongan diberikan dalam menentukan pendapatan larasan perniagaan

Untuk menentukan pendapatan larasan perniagaan:

Pendapatan larasan perniagaan = Untung/rugi sebelum cukai – pendapatan bukan perniagaan + belanja yang tak dibenarkan – potongan yang diluluskan/dibenarkan

Kos yang layak untuk dapatkan potongan?

  1. Pemasangan elektrik am & lampu
  2. Sistem – gas, air
  3. Lengkapan dapur & kebersihan
  4. Pintu, pintu tirai, tingkap, gril, bidai, penyekat tetap
  5. Lantai, penutup dinding (termasuk kerja mengecat)
  6. Siling palsu & birai hias
  7. Ciri-ciri hiasan / perhiasan (tak termasuk seni halus)
  8. Kanopi / awning
  9. Bilik persalinan ,Bilik rekreasi untuk pekerja
  10. Sistem penghawa dingin
  11. Kawasan permainan kanak-kanak
  12. Kawasan penerimaan
  13. Surau

Walaubagaimanapun, potongan yang diberikan ke atas kos perbelanjaan ini tak termasuk perbelanjaan bagi:

  • Fi pereka
  • Fi Professional
  • Pembelian barangan antik

Semoga bermanfaat.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?