Skip to content

GenU

Kurangkan Bebanan Bayaran Cukai Syarikat Anda

  • by

Saya ingin kongsikan pengalaman sebuah syarikat yang tidak mampu untuk membayar cukai syarikat secara “lumpsum”.

Akhirnya mereka bayar secara ansuran selepas borang dihantar. Namun mereka lupa bayaran ansuran selepas tarikh akhir hantar borang dan bayaran akan dikenakan penalti sebanyak 10%.

Kesalahan berlaku disebabkan syarikat tersebut tidak mengemukakan borang CP204.

Apa itu borang CP204?

Kenapa ianya satu kesilapan jika tidak mengemukakanya?

CP204 ini adalah anggaran cukai syarikat. Pembayaran ansuran cukai syarikat “SDN.BHD” adalah untuk tempoh satu tahun kehadapan di mana ianya perlu dibayar dalam tempoh tahun semasa.

Haa, dah pening ke tu??

Okay macam ni, sebagai contoh tahun berakhir syarikat pada Disember 2020.

Borang CP204 perlu dikemukakan/hantar ke LHDN satu bulan sebelum tahun berakhir tamat iaitu pada bulan November 2020 bagi anggaran ansuran cukai tahun 2021 (31. disember 2021).

Kenapa tadi saya kata ianya satu kesilapan?

1. Mengemukakan borang CP204 merupakan tanggungjawab syarikat. Jika syarikat tidak mengemukakan atau lewat mengemukakan anggaran cukai ansuran, anda boleh dikenakan penalti.

Jika tidak mengemukakan borang CP204 dan syarikat dikenakan cukai pada tahun tersebut, maka penalti Sek 107 C(10) akan dikenakan iaitu 10% daripada cukai yang dikenakan.

2. Jika syarikat “Sdn Bhd” anda dikenakan cukai yang tinggi dan tidak mampu membayarnya secara “lumpsum” juga boleh menyebabkan syarikat dikenakan penalti.

Anda memang boleh memohon untuk bayar secara ansuran, tetapi berapa kali yang dibenarkan adalah bergantung atas budi bicara pihak LHDN.

Sedangkan jika anda mengemukakan borang CP204, anda berpeluang untuk membayar sebanyak 12 kali (12 bulan).

Haa, mana satu lebih menguntungkan? Anda buatlah pilihan yang bijak ya..

Boleh kongsi jika ia bermanfaat untuk anda


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?