Skip to content

GenU

NAK ADA CASH RESERVE?

  • by

Nak cash reserve power ada 5 benda pantang jangan kau langgar 3 tahun pertama bisnes kau,
1. Jangan beli keta besau

2. Jangan beli ghumah besau

3. Jangan tayang2 kekayaan kau

4. Jangan rompak syarikat kau

5. Jangan campur kau dengan company

Kenapa?

Meh aku citer…

1) 3 tahun pertama, bisnes baru nak mula kearah mempunyai kekuatan tunai. Maka sebaiknya 3 tahun pertama, bina lah kekuatan cash reserve sekurang-kurangnya 6 bulan belanja operasi dan admin. Barulah seronok nak plan nak beli semua beshau

2) Beli kenderaan yang tiada kaitan dengan bisnes bukan boleh kurangkan cukai sepeuhnya. Dah lah baru nak berbisnes yang ada kekuatan tunai. Sibuklak nak tambah lagi beban dengan cukai tinggi

3) Sibuk apa nak tayangkan kekayaan kat facebook, instagram. Sampai lupa ada mata yang jeles atau nak tahu siapa lah orang kaya ni.

So jangan lah sibuk nak kata, kenapa mereka cari anda. Sebab anda pun dah sibuk nak dedahkan. Maka kurang lah lagi duit jika terpaksa bayar kompaun dan yang terkurang lapor. Selalunya cukai lah..

4) Kenalah pandai jaga pengurusan kewangan peribadi juga. Tidak kira dah berduit atau tidak berduit, jika tak pandai uruskan memang tak akan pernah cukup.

Bila tak cukup mulalah menjeling kat akaun bank bisnes. Duit ni semua aku yang punya. Maka mulalah anda digelar perompak duit syarikat.

5) Elakkan semua perbelanjaan peribadi nak masuk dalam syarikat. Kononnya buat macam ni boleh kurangkan cukai. Kena lah bijak sikit.

3 tahun pertama baru nak bina duit, dah sibuk fikir nak kurangkan cukai. Dari fikir nak kurangkan cukai, baik fikirkan nak ada duit reserve jadi boleh maximize kan lagi perbelanjaan akan datang atau simpan untuk pelaburan. Betul.. kurangkan cukai tu tak salah, tapi bukan larikan cukai.. harap semua faham ya…


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?