Ramai yang mengadu betapa peritnya kehidupan mereka semasa musim PKP ini…

Panduan Bagaimana Sembuhkan ‘Penyakit Bisnes’ Anda Akibat Kesan Dari Covid-19!

Semuanya saya dah kongsikan dalam ebook ini…

Apa yang anda bakal pelajari dari ebook ini?

Pengenalan

Pada awal tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan isu pandemik yang pastinya tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Semuanya gara-gara virus sekecil zarah namun menyebabkan seluruh dunia lumpuh.

Seluruh dunia bagaikan hilang pertimbangan dek virus ini. Virus Covid-19 atau pada mulanya dikenali sebagai Corona Virus, menjadi punca kepada keadaan dunia yang kelam-kabut ketika ini.

Siapalah yang dapat menjangkakan, dengan virus sekecil ini juga telah menyebabkan berjuta-juta penduduk di dunia hilang pekerjaan, perniagaan lingkup, semua aktiviti diterhadkan, dan yang paling menyedihkan ialah telah meragut nyawa sehingga ratusan ribu orang di seluruh dunia.

Tidak ketinggalan juga di Malaysia, wabak Covid-19 yang berlaku pada awal tahun 2020 ini bagaikan menjadi satu titik hitam kepada seluruh rakyat.

Disebabkan virus ini juga, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat meneruskan kehidupan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 telah menjadikan rakyat panik kerana kebanyakan aktiviti dikawal sepenuhnya dan pergerakan adalah terhad.

Sekolah ditutup, termasuklah kebanyakan aktiviti perniagaan tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Kesannya, ramai peniaga yang mengadu agak ‘sakit’ terutamanya bagi Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS). Dan yang lebih menyedihkan, ada juga perniagaan yang terpaksa gulung tikar dan ditutup kerana tidak mampu untuk meneruskannya.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Peniaga yang tidak boleh bertahan ini, adakah mereka benar-benar bersedia menghadapi masalah ini?

Atau sebenarnya mereka memang tidak ada rancangan yang sebaiknya?

Ramai juga yang mengadu kepada saya betapa peritnya kehidupan mereka semasa musim PKP ini.

Nak bayar sewa kedai, aliran duit tunai tidak cukup, mana lagi nak bayar gaji pekerja, dan ada juga yang merintih dengan bayaran yang perlu dibuat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jadi, untuk menjawab semua persoalan yang diajukan kepada saya, saya menyediakan khas untuk anda semua iaitu E-book berkaitan dengan masalah yang anda hadapi.

Marilah kita lihat satu persatu masalah yang dihadapi agar anda tahu cara menyelesaikannya.

Siapa Saya?

Nama saya Amsyari Shakur. Saya berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang perakaunan, audit luaran syarikat, percukaian dan bidang setiausaha syarikat.

Kini, saya mengetuai syarikat AMACC Corporate Services Sdn Bhd yang kini mempunyai lebih 30 orang kekuatan untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat kepada lebih 500 syarikat

Saya pernah membuat perkongsian di pentas Pejuang HartanahMyRumah, dan Simposium Hartanah.

Dengan kepakaran yang saya ada, saya juga diberi kepercayaan untuk berkongsi ilmu di program TV seperti Assalamualaikum dan Per Square Feet (PSF) di TV Al-Hijrah.

Saya terpanggil untuk tulis ebook ini selepas mendengar dan menyelesaikan pelbagai masalah-masalah klien saya.

Ada salah seorang klien saya yang terpaksa membayar kompaun LHDN sebanyak RM50,000 hanya gara-gara tidak declare income bisnesnya  dengan tepat.

Bukan masalah dengan LHDN sahaja, malah bisnes-bisnes ini tidak dapat berkembang walaupun sangat berpotensi disebabkan perkara-perkara yang diambil enteng oleh pemiliknya.

Oleh itu, saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada pemilik-pemilik bisnes yang lain. 

Antara Klien Yang Saya Dah Bantu..

“Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Jalan Keluarnya…”

Pandemik Covid-19 benar-benar membuatkan seluruh dunia menjadi kelam-kabut dan huru-hara. Ramai yang tidak menyangka akan berlakunya kejadian seperti ini.

Berikutan pandemik ini, banyak sektor di seluruh dunia menjadi lumpuh dan ditutup sebagai langkah untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19.

Sektor yang terkesan semestinya bidang perniagaan tidak kiralah perniagaan itu kecil mahupun besar.

Perintah Pergerakan Kawapan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan telah memburukkan lagi keadaan bagi peniaga kecil dan sederhana.

Lebih teruk lagi, ada yang terus gulung tikar.

Jadi, apakah keistimewaan e-book yang saya hasilkan ini?

Dalam e-book ini, saya tekankan beberapa bahagian yang menjadi masalah seperti pengurusan tunai, pengurusan sumber manusia, pengurusan stok dan pengurusan pemasaran.

E-book ini bertujuan untuk memberikan panduan dan rujukan kepada peniaga yang terjejas dan e-book ini mampu membantu peniaga untuk bangkit semula dalam sektor yang mereka lakukan.

Berminat? Anda boleh dapatkannya dengan harga serendah..

HANYA RM30 SAHAJA!

Dapatkan sekarang kerana harga mungkin akan dinaikkan pada bila-bila masa saja!

AMACC Corporate Services Sdn. Bhd. (1144269-H)
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Phone: 0389208081    Fax: 0389208081   Email: contact@amacc.com.my

Privacy Policy    Term & Condition

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?