Sekarang ni, ramai yang memilih berniaga untuk dapatkan pendapatan tambahan. Macam-macam produk yang diniagakan dari produk makanan hingga ke barang keperluan.
Bila dah ramai yang mula berniaga ni, persaingan pun meningkat. Masing-masing berusaha keras dalam usaha menambah pendapatan bagi menampung keperluan hidup.
Jadi persaingan ini baik ke tak untuk perniagaan kita?
Pendapat saya, kita perlu lihat persaingan ini dari sudut yang sihat, iaitu sebagai satu rangsangan yang positif untuk menggalakkan kita terus berinovasi dan berdaya saing di pasaran.
Macam mana kita nak sedar dan tambahbaik perniagaan kita kalau kita tak nampak di mana kekurangan kita. Jadi inilah baiknya persaingan bila ianya membawa kita ke arah yang lebih baik lagi.
Tapi, kita kena sedar juga dunia perniagaan penuh dengan cabaran & dugaan. Setiap cabaran ini wajar dilihat sebagai suatu ujian keimanan, yang perlu kita hadapi dengan penuh kesabaran dan rasa bersyukur.
Tak salah jika kita nak rasa cemburu bila tengok orang lain lebih berjaya dari kita, asal saja perasaan itu membuatkan kita berusaha dengan lebih gigih. Yang dilarang ialah usaha untuk menjatuhkan orang lain kerana dengki dengan kejayaan mereka.
Dalam Islam melarang kita rasa dengki hingga menyebabkan musibah ke atas orang lain kerana rezeki masing-masing dah ditentukan. Yang penting kita sentiasa berusaha dengan gigih untuk perbaiki apa yang kurang. Usaha itu kan tangga kejayaan.
Tambahan pula, pintu rezeki banyak terbuka dalam perniagaan, jadi kenapa perlu menutup pintu orang lain untuk menjayakan diri sendiri kan?
Semoga bermanfaat.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!