Sejak kebelakangan ni saya selalu dengar masalah mereka yang bergelar Sifu, Coach, Pakar, Guru dan Cikgu.
Saya bukan nak sebelah sesiapa, tapi apa saya nampak masalah ni sebenarnya wujud atas salah faham maksud gelaran yang digunakan.
Dimata orang luar, mereka anggap gelaran itu sesuai mereka yang benar-benar pakar didalam bidang yang mereka ceburi.
Sebab itu mereka harap orang guna gelaran ini memberi contoh pada mereka.
Mungkin mereka jadi marah atau tidak puas hati apabila guna gelaran ini, tapi contoh pada diri sendiri pun tidak seperti apa yang diajar.
Malah mengajar orang lain seperti mereka sudah pakar dalam bidang tersebut. Saya rasa sebab itu mereka jadi marah, mungkin rasa tertipu atau sebaliknya.
Kita semua sedia maklum, sekarang ramai sangat pengajar scammer yang wujud. Sebab itu ramai netizen akan mudah menilai mereka yang guna gelaran tersebut.
Kebanyakkan diluar juga ingin berjaya seperti orang yang guna gelaran ini.
Mungkin mereka juga ingin ada kemewahan apa yang ditunjukkan oleh orang guna gelaran ini.
Disudut yang guna gelaran ini, pada mereka perlu untuk dapat keyakinan orang terhadap mereka.
Mereka perlu gelaran tersebut, malah perlu tunjuk mereka hidup mewah untuk dapat keyakinan luar.
Kebanyakkan mereka yang sampaikan ilmu, bukan nak katakan mereka perfect atau hebat segala segi.
Mungkin mereka ada lakukan kesilapan tapi mereka bukan tidak ada ilmu dan pengalaman untuk diajar.
Malah kebanyakkan mereka yang guna gelaran ini lebih nak follower atau anak murid yang bersama mereka tidak lakukan kesalahan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini..
.. atau jangan buat kesalahan berdasarkan apa yang mereka tahu.
Disini, saya jelaskan pandangan setiap orang berbeza. Setiap orang ada hak untuk menilai dan menghukum.
Tapi jangan kita menghukum tanpa lupa dosa dan pahala.
Pada yang menguna gelaran dan yang berani guna gelaran ini.
Mengajarlah dengan ikhlas serta sebaiknya.
Guna ilmu dan pengalaman itu diajar untuk semua orang yang memerlukan. Bukan hanya orang yang mampu dan berduit sahaja.
Sebab sampaikan ilmu bukan perlu ada limit dan orang tertentu.
Tapi sampaikan kepada mereka yang ikhlas dan berungguh untuk belajar.
Saya secara jujur takut untuk guna semua gelaran ini, malah saya cuba elak orang gelar saya pakar atau coach.
Sebab saya tidak perfect, cuma saya kena terima kenyataan. Dalam situasi sebagai orang buat bisnes, perkara itu tidak boleh elak.
Maafkan saya jika ada yang tersinggung, sekadar sampai apa pandangan saya, dalam masa sama saya orang yang ingin tuntut ilmu dan sampaikan ilmu.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!