Tak simpan rekod masuk penjara?
Jangan ingat masuk penjara sebab lakukan jenayah je. Tak simpan dokumen dan rekod pun boleh sampai masuk penjara tau.
“Dibawah seksyen 119A, ACP 1967, tidak menyimpan rekod boleh didakwa di makamah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya” – LHDN
Nampak tak kritikal nya masalah jika anda ambil ringan tentang simpan dokumen.
Ramai dekat luar sana, tak kira lah bekerja atau berniaga selalu ambil ringan tentang dokumen.
Dokumen dan segala rekod asal ini tak perlu dihantar bersama Borang Nyata Cukai Pendapatan anda. Tapi tak semestinya anda boleh buat tak tahu dan tak simpan.
Rekod dan dokumen yang berkaitan dengan cukai perlu disimpan dengan baik. Kalau tak dapat dalam bentuk hard copy, boleh simpan dalam bentuk soft copy. Lebih baik jika buat kedua-duanya. Lagi selamat. Dan pastikan butiran dan maklumat dokumen tersebut jelas.
Sampai bila kena simpan? Bukan setahun, bukan dua tahun tapi 7 TAHUN ya.
Semua ini untuk tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan nanti.
Dokumen apa yang perlu disimpan?
Antara dokumen yang perlu disimpan seperti:
- Borang EA/EC & CP58
- Baucar dividen
- Resit-resit (beli buku, perubatan, derma, zakat, beli alat penyusuan, beli alatan sukan, beli computer, telefon, langganan internet)
- Sijil kelahiran anak, sijil nikah
- Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan
- Penyata Skim Persaraan Swasta
- Penyata SSPN
- Resit pembelian peralatan penyusuan, alatan sukan
- Penyata atau resit bayaran langganan internet
- Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet
- Salinan IC ibu dan ayah
Macam mana pula dengan bisnes? Haa kalau yang berbisnes, semua dokumen transaksi perniagaan perlu disimpan. Contohnya:
- Invoice, Resit, delivery order, purchase order
- Rekod Stok
- Perbelanjaan & maklumat pekerja (Slip gaji, EPF, SOCSO)
- Claim form
- Rekod aset
- Agreement
- Penyata petty cash
Jadi apa tunggu lagi. Susun dan simpan dokumen anda supaya anda selamat daripada dikenakan tindakan.
Semoga bermanfaat!
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!