KEJAP.. ADA ONE TIME OFFER!
Anda boleh juga dapatkan satu lagi ebook TERBARU ini dengan harga diskaun..
TERBARU! Ebook Bisnes Pacsa Covid-19
Ramai yang mengadu betapa peritnya kehidupan mereka semasa musim PKP ini…
Panduan Bagaimana Sembuhkan ‘Penyakit Bisnes’ Anda Akibat Kesan Dari Covid-19!
Semuanya saya dah kongsikan dalam ebook ini…
Apa yang anda bakal pelajari dari ebook ini?
- BAB 1 : Masalah Aliran Tunai (Cash Flow)
- BAB 2 : Pengurusan Sumber Manusia
- BAB 3 : Masalah Jualan, Operasi dan Pemasaran
- BAB 4 : Tuntutan LHDN, SSM dan Kastam
- BAB 5 : Bantuan Covid-19 Kerajaan Persekutuan
- Fakta yang perlu anda tahu
Pengenalan
Pada awal tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan isu pandemik yang pastinya tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Semuanya gara-gara virus sekecil zarah namun menyebabkan seluruh dunia lumpuh.
Seluruh dunia bagaikan hilang pertimbangan dek virus ini. Virus Covid-19 atau pada mulanya dikenali sebagai Corona Virus, menjadi punca kepada keadaan dunia yang kelam-kabut ketika ini.
Siapalah yang dapat menjangkakan, dengan virus sekecil ini juga telah menyebabkan berjuta-juta penduduk di dunia hilang pekerjaan, perniagaan lingkup, semua aktiviti diterhadkan, dan yang paling menyedihkan ialah telah meragut nyawa sehingga ratusan ribu orang di seluruh dunia.
Tidak ketinggalan juga di Malaysia, wabak Covid-19 yang berlaku pada awal tahun 2020 ini bagaikan menjadi satu titik hitam kepada seluruh rakyat.
Disebabkan virus ini juga, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat meneruskan kehidupan.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 telah menjadikan rakyat panik kerana kebanyakan aktiviti dikawal sepenuhnya dan pergerakan adalah terhad.
Sekolah ditutup, termasuklah kebanyakan aktiviti perniagaan tidak dibenarkan untuk beroperasi.
Kesannya, ramai peniaga yang mengadu agak ‘sakit’ terutamanya bagi Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS). Dan yang lebih menyedihkan, ada juga perniagaan yang terpaksa gulung tikar dan ditutup kerana tidak mampu untuk meneruskannya.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Peniaga yang tidak boleh bertahan ini, adakah mereka benar-benar bersedia menghadapi masalah ini?
Atau sebenarnya mereka memang tidak ada rancangan yang sebaiknya?
Ramai juga yang mengadu kepada saya betapa peritnya kehidupan mereka semasa musim PKP ini.
Nak bayar sewa kedai, aliran duit tunai tidak cukup, mana lagi nak bayar gaji pekerja, dan ada juga yang merintih dengan bayaran yang perlu dibuat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jadi, untuk menjawab semua persoalan yang diajukan kepada saya, saya menyediakan khas untuk anda semua iaitu E-book berkaitan dengan masalah yang anda hadapi.
Marilah kita lihat satu persatu masalah yang dihadapi agar anda tahu cara menyelesaikannya.