Ketika sesi mingguan bersama staff tadi. Saya terfikir untuk naikkan semangat mereka bagi hadapi tahun 2021.
Sebagai leader walaupun ada masalah, saya tidak boleh tunjuk masalah dan bagi mereka takut.
Walaupun, dalam hati masih tidak tahu apa akan berlaku pada tahun 2021. Keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu. Tentu ia akan bagi kerisauan leader seperti saya.
Namun pejuangan dalam bisnes mesti diteruskan. Semangat dalam team perlu ditanam untuk terus berjuang dalam satu team.
Walau apa pun yang berlaku pada tahun 2020, ia banyak mengajar kami untuk terus bergerak.
Dalam situasi banyak orang dibuang kerja dan banyak syarikat tutup operasi. Kami masih mampu berdiri dan teruskan pejuangan dalam mencari rezeki.
Maka saya tekankan 3 perkara:-
1) Bersyukur
Setiap apa yang berlaku pada waktu covid 19. Kita perlu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mencari rezeki.
Masih lagi ada kesihatan kizikal dan mental yang baik untuk melakukan sesuatu.
Maka kita perlu teruskan apa yang telah diberi oleh Allah untuk ke arah lebih baik.
2) Bangga dengan kemampuan
Dalam keadaan masih tidak menentu dan tekanan yang hadir dari pelbagai sudut. Kita masih bersama dan bersatu untuk cari jalan penyelesaian.
Dikala tahun 2020 banyak masalah yang terjadi.
Kami semua bersama untuk berusaha mencari kerja dan kutipan. Maka banggalah dengan diri dan semua rakan yang ada disini. Tanpa usaha bersama dan kekuatan diri. Mustahil kita dapat kekal bersama sepanjang ujian ni.
3) Insaf
Saat kita rasa selamat, jangan lupa kita insaf apa yang terjadi. Saya percaya kita semua tidak sangka perkara begini akan berlaku dalam sekelip mata.
Dulu kita bebas lakukan banyak perkara. Sekarang banyak kita lakukan ada limit.
Semua hanya kerana virus yang halus. Dan tentu ia dengan izinNya. Maka berhaklah kita rasa insaf dengan apa yang dah jadi.
Apa-apa pun yang terjadi. Saya doakan kita semua.Semoga kita sentiasa dijauhi dari segala masalah yang luar kemampuan kita.
Selamat datang 2021, jom kita cipta sejarah baru lebih gemilang.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!