‘80% bisnes gagal adalah disebabkan tiadanya pengurusan aliran tunai dalam perniagaan’
Kajian dapati, antara faktor terbesar kegagalan sesebuah perniagaan sebab tak adanya kawalan tunai dalam perniagaan.
Bila tak ada kawalan tunai dalam perniagaan, kita tak dapat menentukan keupayaan tunai bagi menjalankan operasi perniagaan. Kita tak boleh hanya bergantung pada jumlah jualan, sebab jumlah jualan tak menentukan keupayaan tunai kita yang sebenarnya.
Macam mana nak kawal tunai perniagaan kita?
Salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan belanjawan tunai (Budget) untuk perniagaan anda. Belanjawan tunai ini berkaitan dengan aliran duit masuk & duit keluar perniagaan.
Boleh digunakan sebagai alat untuk mengawal dan menguruskan penggunaan tunai perniagaa supaya tak salah belanja ke perkara yang tak perlu.
.
Antara kepentingan belanjawan tunai:
- Menentukan keupayaan tunai bagi menjalankan operasi perniagaan pada masa akan datang
- Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi dan pemberian kredit yang tepat dapat dilaksanakan.
- Merancang untuk pembelian asset dan pelaburan jika terdapat lebihan tunai
- Boleh mengambil tindakkan awal jika menghadapi kekurangan tunai
- Menunjukkan jangkaan kedudukan kewangan syarikat.
—
Semoga Bermanfaat.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!