Kepada pemilik bisnes, jangan anggap untung syarikat itu sebagai baki akaun bank anda. Ramai pemilik perniagaan salah faham tentang ni.
Contoh: Megah Enterprise dimiliki Encik Ali, beniaga kasut di uptown dan pasar malam. Tak asingkan belanja peribadi dan bisnes, Encik Ali selalu guna kad atm bisnes @ duit akaun bank syarikat untuk perbelanjaan peribadi.
Apa masalahnya?
1. Boleh sebabkan baki tunai tidak cukup
2. Meyebabkan anda berhutang dengan pihak ke 3 @ pembekal
3. Boleh menyebabkan cukai tinggi dan sukar untuk bayar
Dekat sini apa kesan akan berlaku pada perniagaan?
1. Baki bank tak cukup nak bayar pembekal, disebabkan sudah terlebih guna untuk perbelanjaan lain
2. Syarikat selalu tidak cukup duit dan sukar untuk majukan bisnes sebab kekurangan wang
3. Cukai boleh tinggi disebabkan banyak belanja tidak dapat dikesan dan tidak dibenarkan
4. Boleh sebabkan pemilik syarikat pening bila nak mengadap auditor dan cukai
—-
Cadangan yang boleh dibuat;
1. Asingkan akaun bank perniagaan dan peribadi
2. Ambil sebagai gaji untuk perbelanjaan peribadi atau untuk komitmen, elakkan duit keluar daripada syarikat tanpa kawalan
3. Wujudkan rekod aliran tunai dan rekod hutang untuk ketahui jumlah sebenar yang boleh dibelanja
atau
4. Guna sistem akaun yang boleh kawal untuk lebih mudah dan cepat
Semoga ini membantu sahabat berbisnes semua.
—-
#GenU
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!