Skip to content

GenU

10 Jenis Perbelanjaan Tidak Dibenarkan Dalam Cukai

  • by

Sebelum ni saya ada kongsi tentang perbelanjaan tidak dibenarkan dalam kiraan cukai. Maka saya cuba terangkan bahasa yang mudah anda faham.

Melalui pengalaman saya, perbelanjaan tidak dibenarkan ini wujud disebab beberapa perkara:-

  1. perbelanjaan tersebut merupakan perbelanjaan yang tidak beri kesan pada hasilkan pendapatan, seperti susut nilai.
  2. perbelanjaan itu jelas seperti cubaan lari cukai, seperti wujudkan pekerja atau ahli keluarga yang tidak berkelayakkan untuk jawatan tersebut.
  3. perbelanjaan yang tidak lengkap dokumen sokongan, seperti tuntut perbelanjaan petrol, tol dan parking tapi tidak punyai borang claim.
  4. wujudkan perbelanjaan atau aset untuk peribadi, tapi tidak istihar di pendapatan cukai individu. Seperti beli kenderaan atas nama syarikat.
  5. perbelanjaan dibuat tidak logik perniagaan atau nature bisnes syarikat tersebut, seperti wujudkan baiki mesin forklift untuk nature of bisnes klinik gigi.
  6. perbelanjaan yang lebih untuk kepentingan pemilik syarikat sahaja. Seperti belanja pergi kelas motivasi secara sendiri
  7. kerugian atas kesilapan pengurusan syarikat, seperti kerugian duit hilang dan kerugian tidak dapat kutip hutang.
  8. perbelanjaan kompaun atau penalti yang dikenakan akibat kesalahan dan kesilapan syarikat.
  9. perbelanjaan derma ke insitusi yang tidak berdaftar untuk dapat pelepasan cukai
  10. perbelanjaan yang tidak punyai bukti fizikal, seperti belanja keraian pekerja tetapi tidak ada pekerja.

Ni adalah sebahagian perbelanjaan yang akan dianggap sebagai belanja tidak dibenarkan.

Sebenarnya untuk tentukan perbelanjaan ini sangat subjektif.

Ia bergantung pada nature of business perniagaan atau syarikat tersebut.

Objektif yang ingin saya sampaikan, dalam lakukan perbelanjaan pastikan anda tahu apa perlu simpan dan logik atau tidak pada perniagaan anda.

Semoga bermanfaat untuk yang membaca.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?