Skip to content

GenU

Rezeki dalam Perniagaan

  • by

Rezeki boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk. Kita berniaga pun adalah satu usaha untuk peroleh rezeki iaitu rezeki perniagaan.

Dalam perniagaan, kita kena keluar daripada zon selesa untuk dapatkan rezeki yang berganda. Rezeki bagi orang yang berniaga ni bergantung pada usaha, jika kita rajin maka kita akan perolehi rezeki yang lebih, begitu jugalah sebaliknya.

Bagaimana nak dapatkan rezeki yang berganda dalam perniagaan? 3 tips mudah yang boleh anda amalkan dalam perniagaan;

1. Bantu prospek / pelanggan anda

Ini antara perkara yang saya selalu tekankan pada team saya. Kita kena bantu klien, bantu prospek, mudah-mudahan dengan bantuan yang kita beri, akan menyenangkan mereka dan juga memudahkan kerja yang kita jalankan.

Bisnes yang bagus adalah bisnes yang menyelesaikan masalah.

Dalam Islam juga kita digalakkan untuk saling bantu-membantu. Bila anda bantu ramai orang, lebih banyak rezeki yang boleh diperolehi kerana orang rasa senang nak berurusan dengan kita.

2. Murahkan dengan senyuman

Contohilah Rasullullah s.a.w. dalam berniaga. Baginda sentiasa murah dengan senyuman bila berurusan dengan prospek/pelanggan.

Senyuman menunjukkan kita mesra dan ini akan membuatkan pelanggan/prospek akan berasa senang nak berurusan dengan kita. Dan, senyuman itukan satu sedekah, jadi tak rugi pun jika kita sentiasa murah dengan seyuman.

3. Jaga kebersihan

Pastikan tempat anda menjalankan perniagaan sentiasa bersih dan kemas. Siapa je yang suka tempat yang kotor dan bersepah kan?

Keadaan tempat kerja yang bersih dan kemas akan memudahkan kita berurusan dan kerja pun boleh dibuat dalam keadaan yang selesa. Pelanggan pun akan suka dan selesa nak berurusan dengan kita.

Tambahan,

Anda juga boleh amalkan doa ini setiap pagi sebelum memulakan kerja atau perniagaan anda untuk perolehi rezeki yang murah dan diberkati;

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya”

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?