- Jangan lupa untuk menjalankan tanggungjawab kita pada Allah swt, iaitu berzakat dan membantu orang yang memerlukan.
- Jangan lupa hubungan kita dengan pembekal (supplier), bank atau mana-mana creditors. Maksudnya jangan kita lupa hutang kita pada mereka. Bayarlah hutang jika sudah mengguna servis atau sudah berjaya menjual produk mereka.
- Jangan lupa bahawa anda perlu melakukan beberapa pematuhan (compliances) seperti cukai, Kastam, SSM dan lain-lain badan berkanun yang diberi tanggungjawab untuk mendapatkan hasil dari perniagaan. Agar kita sentiasa dapat melakukan perniagaan dengan baik dan harmoni.
- Jangan lupa saat kita berada diatas, bila-bila masa pun kita boleh berada dibawah. Maka sentiasa ingat bila kita berduit, ada masa kita boleh tiada duit. Maka perlunya kita punyai kekuatan reserved untuk hadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku akan datang.
- Saat kita berduit, jangan kita lupa pada staff dan pasukan yang bersama dalam menaikkan dan mengurus perniagaan anda. Maka jangan lupa untuk mempunyai beberapa amaun atau peruntukan untuk mereka.
- Jangan lupa bahawa produk dan servis perlu sentiasa ditingkatkan untuk bersedia dengan persaingan yang wujud. Jadi jangan lupa untuk sentiasa lakukan development pada produk dan servis anda yang sedia ada, supaya tidak ketinggalan dengan perubahan persekitaran, teknologi dan pesaing.
- Mantapkan sistem yang perlu wujud dalam syarikat anda, seperti sistem CRM (Customer Relationship Management), sistem penerimaan duit (ecommerce), sistem kawalan pekerja dan banyak lagi. Untuk mewujudkan kestabilan dan kecekapan dalam proses perniagaan kita.
- Belilah aset yang dapat meningkatkan kecekapan atau kualiti produk dan servis kita. Bukan hanya beli aset untuk tunjukkan kekuatan individu atau syarikat, sebagai contoh mustang atau velfire.
- Tambahkan duit anda dengan melakukan beberapa pelaburan. Pelaburan ini ada yang low risk dan high risk. Maka dalam keadaan begini, anda kena tahu pelaburan yang terbaik untuk dilakukan.
- Sebelum kita kehilangan semua yang kita bina. Pastikan anda laburkan sedikit untuk pastikan perniagaan anda tidak alami masalah jika berlaku kejadian seperti kematian keyman (orang utama yang menjalankan perniagaan), masalah dalaman (antara shareholder / director). Jadinya, penting untuk anda sentiasa bersedia hadapi segala kemungkinan. Ambillah takaful/insurans, wasiat, hibah dan upah lawyer untuk perjanjian.
- Selain anda ambil gaji secara bulanan. Bila ada duit dan anda ingin reward diri anda, ambillah dalam bentuk dividen atau bonus. Raikan diri anda selepas bisnes anda mempunyai kejayaan dan perolehi keuntungan.
—-
Semoga bermafaat.
#GenU
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!