Terdapat beberapa perbelanjaan syarikat yang ramai pemilik syarikat tak tahu yang belanja tersebut boleh mengurangkan cukai syarikat.
Di bawah adalah antara belanja-belanja yang dibenarkan LHDN yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat bagi mengurangkan cukai syarikat anda.
- Perbelanjaan yang dibuat untuk hasilkan pendapatan
Contoh :
- Bayaran Upah/Gaji
- Bayaran KWSP
- Sewa premis perniagaan
- Faedah pinjaman perniagaan
- Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan
- Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
- Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam
- Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja.
- Elaun modal:
- Diberi tolakan daripada pendapatan perniagaan sebagai ganti kepada perbelanjaan susut nilai bagi pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan
- Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan computer
- Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan
Inilah jenis-jenis belanja yang boleh bantu kurangkan cukai syarikat anda.
Sebagai usahawan, anda perlu belanja duit jualan syarikat ke arah yang betul.
Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini.