Skip to content

GenU

Apa Jadi Jika Anda Lewat Hantar Dokumen?

  • by

Mesti anda tertanya-tanya kenapa pentingnya dokumen sampai boleh menyebabkan perniagaan anda merana.

Jadi, mari saya kongsikan sikit betapa pentingnya menghantar dokumen awal dan kesannya jika anda lewat menghantar dokumen.

Dokumen, adalah kertas biasa tapi sangat tinggi nilainya dalam perniagaan.

Ia dapat membuktikan sesebuah syarikat telah menjalankan transaksi perniagaan dan ia adalah salah satu bukti yang kukuh.

Dokumen sering di pandang remeh oleh kebanyakan pemilik perniagaan, tapi anda kena berjaga-jaga kerana ia SANGAT dipandang oleh audit dan LHDN.

Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan pemilik perniagaan tidak dapat menyimpan dokumen perniagaan mereka dengan baik dan apabila akaun atau audit memerlukan dokumen tersebut, meraka tidak dapat menyediakannya dan memerlukan masa yang lebih untuk mencari dokumen tersebut.

Mungkin dokumen tersebut sudah menjadi kertas pembalut nasi lemak?

Situasi ini kedengaran kelakar bagi kita kan, tapi itulah realitinya.

Jika anda masih belum menguruskan dokumen anda dengan betul, terdapat kesan buruk yang akan sendiri terpaksa tanggung sebagai pemilik perniagaan antaranya:

  1. Jika dokumen anda hilang atau bersepah, anda perlukan masa yang lebih untuk mencari dokumen, anda akan hantar dokumen lewat kepada akauntan anda.
  2. Jadi, akaun anda akan siap lewat.
  3. Laporan audit anda juga akan selesai lewat dari tarikh yang sepatutnya.
  4. Laporan audit anda lewat hantar ke SSM – anda akan Dikenakan kompoun oleh SSM
  5. Kompoun yang dikenakan oleh SSM tidak mahal hanya rm 50,000 sahaja atau lewat sehari akan di caj RM 500. Tidak mahal jika anda sangat bermurah hati untuk berbelanja pada perkara yang anda sendiri boleh kawal.

Bayangkan jika situasi ini berterusan, berapa banyak wang yang terpaksa anda keluarkan , sedangkan anda boleh kawalnya daripada awal.

Jadi sebagai pemilik perniagaan anda perlu pastikan dokumen anda wujud, disimpan di tempat yang selamat, tersusun dan mudah untuk dicari untuk mengelakkan sebarang kelewatan di pihak akaun audit dan cukai..

Silakan share supaya rakan-rakan lain juga dapat manfaat.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?