Betul Ke Kena Cukai Walaupun Syarikat Rugi?

  • by

Sebelum ni saya ada dedahkan jika perniagaan atau syarikat anda rugi, kemungkinan anda masih perlu bayar cukai.

Malah saya juga cakap kat situ, kebanyakkan orang tidak tahu bahawa dalam kiraan cukai ada wujud item perlu ditambah balik iaitu perbelanjaan tidak dibenarkan.

Okeii.. Saya terangkan lebih detail kat sini.

Cuba tengok kat foto yang saya up sekali dengan post ni..

Itu adalah format kiraan cukai yang digunakan selepas penyata untung rugi dan imbangan duga anda siap.

Dari formula tersebut, anda akan nampak net profit before tax dan non allowable expenses.

Sebenarnya dalam kiraan cukai. Walaupun anda kerugian, kami masih perlu letak amaun disitu untuk kiraan seterusnya.

Disitu lah kemungkinan wujud anda kena cukai walaupun rugi, iaitu salah satu sebabnya ialah perlu tambah semula perbelanjaan tidak dibenarkan.

So katakan lah..

  • KERUGIAN/NET LOSS BEFORE TAX – RM30,000
  • BELANJA TIDAK DIBENARKAN/NON ALLOWABLE EXPENSES – RM50,000

Bermaksudnya, dalam kiraan cukai anda masih ada nilai yang boleh jadi pendapatan yang boleh dikenakan cukai.

Untuk contoh ini, sebanyak RM 20,000 yang boleh dibawa untuk kiraan seterusnya.

Memang kita akan ada penolakan beberapa item, tapi ramai syarikat atau perniagaan tidak tahu apa itu perbelanjaan tidak dibenarkan.

Bagaimana hendak kurangkan perbelanjaan tidak dibenarkan tersebut?

Bagaimana hendak dapat perbelanjaan itu dibenarkan?

Objektif saya nak dedahkan kat sini, kerugian dalam syarikat anda belum tentu tidak dikenakan cukai.

Salah satu sebabnya ialah wujud perbelanjaan tidak dibenarkan dalam kiraan cukai.

Ok nanti saya sambung lagi, apa sebab wujudnya perbelanjaan tidak dibenarkan. Nak ke tahu tewww?

Sekadar kongsi ilmu untuk dimanfaatkan bersama.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *