Kisah ini diharap bagi pelajaran dan bantu syarikat untuk buat langkah terbaik.
Ia berlaku pada Tuan S.
Kisah ini berlaku pada syarikat yang sedang naik.
Dalam masa sama, syarikat ini telah mencatat jualan berjuta secara singkat.
Sebelum syarikat ni berkembang, semua kata antara rakan kongsi sangatlah indah.
Malah tiada sedikit pun nak rasa curiga dengan ada niat negatif pada rakan kongsi.
Maka sebab tu, kebanyakkan permintaan rakan kongsi seperti nak bonus dan serta gaji tinggi akan dituruti.
Kisah mula terjadi, apabila syarikat dah tunjuk banyak keuntungan dan baki bank mula cecah 6 angka.
Mulalah rakan kongsi Tuan S tunjuk sikap. Padahal, Tuan S yang bekerja keras untuk syarikat.
Siang malam jumpa orang untuk tingkatkan jualan. Tapi gaji dan pegangan saham hendak sama rata dengan Tuan S.
Hendak jadi cerita yang mula konflik apabila rakan kongsi Tuan S mula tuntut gaji lebih tinggi.
Akibat Tuan S tidak layan permintaan rakan kongsi.
Berlaku lah konflik, antara tindakan rakan kongsi beliau ialah menghasut pekerja dan menghalang Tuan S dari memasuki pejabat untuk bekerja.
Mulalah surat peguam datang dan tuntutan yang tidak masuk akal dibuat oleh rakan kongsi beliau.
Disebabkan tidak dapat masuk pejabat, rakan kongsi beliau mengunakan segala peluang untuk buat fitnah pada Tuan S.
Disebabkan masalah ini, Tuan S tidak dapat gaji atas alasan tidak lakukan kerja syarikat.
Cerita ini sebenarnya panjang, malah banyak perkara pelik dilakukan akibat tidak faham akta dan nafsu pada duit yang tinggi.
Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah, perjanjian dengan rakan kongsi anda sangat penting.
Jika anda tidak lakukan, ia sebenarnya beri ruang untuk wujud kesempatan atas kelemahan yang wujud.
Kisah ini bukan saja kehilangan duit untuk tanggungan bulanan dan bayaran peguam sahaja. Malah kehilangan syarikat untuk dijadikan legasi seteruanya.
Untuk rakan yang mempunyai perniagaan dan rakan kongsi. Buatlah perjanjian, bukan bermaksud tidak percaya.
Ia lebih pendekatan untuk lebih jelas dan selamat antara rakan kongsi.
Semoga kisah ini adalah ilmu bermanfaat untuk ada. Jika ia ilmu baru, boleh komen wow.
[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!