Skip to content

GenU

Tiba-Tiba Dipanggil LHDN!?

  • by
urus cukai

Apa persediaan perlu buat kalau tiba-tiba LHDN panggil kita?

Saya ceritakan kisah ini untuk sahabat sentiasa bersedia dari segi mental dan fikiran ketika berhadapan dengan pihak audit LHDN.

Sebelum dipanggil, pihak LHDN selalunya akan meminta lejer (transaksi akaun) dan beberapa dokumen sokongan.

Selepas beberapa hari dokumen diterima.

Pihak audit akan memberi email atau panggilan untuk beri penerangan, kadang-kadang mereka panggil sesi temuduga atau sesi sembang.

Ketika dipanggil menghadap ke LHDN, selalunya mereka akan buat temuduga dan akan cuba mendapatkan beberapa maklumat yang boleh menjadi bahan bukti.

Jika tersalah cakap atau terlebih cakap, ia akan boleh menjadi jerat pada anda untuk pengiraan jangkaan cukai yang sepatutnya anda bayar.

Kepada mereka yang cuba hendak menipu LHDN, sila pastikan anda fikir baik-baik.

Pihak LHDN selalunya dah ada beberapa maklumat anda seperti jumlah bank, kenderaan, rumah atau lain-lain. Masa ini, kalau aktif sangat tunjuk harta kat media sosial pun dia suka lah nak tanya.

Selepas perjumpaan tersebut, selalunya pihak LHDN akan terus keluarkan jumlah jangkaan cukai tambahan yang perlu dibayar.

Selalunya jangkaan cukai mereka berikan, selalunya akan jadikan orang yang tenang pun jadi hantu.

Maka anda perlu tenang dan tunjukkan bukti dokumen atau formula yang kukuh untuk tidak setuju dengan kiraan tersebut.

Mereka akan mainkan peranan untuk bagi tekanan pada anda sebab mereka juga ada KPI dan perlu selesaikan audit cukai dalam masa 90 hari.

Jika anda rayu untuk tambahan, ada kemungkinan dapat dan ada yang tidak dapat. Bergantung situasi dan budi bicara pegawai yang pegang kes anda. Dapat yang mesra dan fahami, cepatlah rasa syukur.

Maka anda kenalah faham, pihak LHDN bukan hendak kenakan anda semata-mata.

Tapi mereka perlukan kerjasaman dari anda dan mereka perlu kejar KPI yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.

InshaaAllah, jika kata sepakat tercapai, kedua-dua akan happy. Kalau tidak, pihak yang perlu bayar cukai tambahan akan menyumpah seranah lah.

Sebenarnya proses diaudit oleh pihak LHDN ni banyak. Tujuan post ini untuk kita sama ambil berat tentang apa akan berlaku jika dipanggil oleh pihak LHDN.

Sentiasa bersedia untuk dari segi mental dan bukti sokongan dari segi dokumen atau hujah yang logik.

Jika anda tidak setuju dengan apa mereka tawarkan pada anda.

Jangan tandatangan sebarang perjanjian sehingga anda tidak dapat menyangkal apa mereka dedahkan.

Melalui penulisan ini, saya harap anda dapat belajar sesuatu. Sentiasa bersedia dari segi rekod dan dokumen jika dipanggil.

Boleh saya tahu, apa yang anda belajar lagi di sini?

Jangan marah saya ya, saya hanya sampaikan info. Kongsilah dengan rakan anda untuk kita sama ambil berat.


[PERCUMA] Khas untuk usahawan yang duit bisnesnya selalu hilang! Gunakan template pengurusan duit bisnes ini untuk pantau dan rekod aliran duit anda. Ada video tutorial disediakan: KLIK SINI SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka WhatsApp
Perlukan bantuan?
Hai, boleh saya bantu?